KONSEP RETORIK MELAYU KLASIK
Perkataan "retorik" menjadi popular dan mula diguna pakai
secara meluas semasa berlakunya polemik antara Munsyi dengan seorang tokoh
bicara suatu ketika dahulu. Kecelaruan dan salah faham mentafsir makna kata ini
telah mendorong Munsyi untuk menulis tentang kata ini dengan harapan semua
pihak jelas dan benar-benar faham maksudnya. Dalam hal ini, bagi sesetengah
pihak "retorik" seolah-olah membawa konotasi negatif negatif. Ada
pendapat yang menyatakan individu yang beretorik ketika berkomunikasi turut
dianggap berwibawa serta pandai memanipulasi minda orang lain dengan
menggunakan bahasa retorik. Tanggapan salah tentang fungsi retorik dalam
kalangan pengguna bahasa seharusnya diperbetulkan. Hal ini demikian kerana
retorik mempunyai fungsi yang penting sebagai salah satu bentuk strategi
komunikasi berbahasa.
Menurut Kamus Dewan (2005:1326), retorik ialah kajian tentang teknik
pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Retorik juga
ialah seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk
atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Awang Sariyan (2006:8) menyatakan
retorik sebagai satu bentuk strategi komunikasi berbahasa yang menekankan aspek
keberkesanan dalam perhubungan. Retorik juga melibatkan soal keterampilan atau
kemahiran seseorang mengajukan buah fikiran, idea, atau gagasan. Menurut beliau
lagi, dari segi sejarah awal wujudnya, retorik memang dikaitkan dengan
kemampuan atau keterampilan seseorang itu menyampaikan pemikiran dalam bentuk
hujah atau pidato. Hudson seorang ahli retorik pernah menimbulkan isu ini
apabila beliau menyatakan bahawa retorik pada waktu tertentu telah kehilangan
konotasi positif kerana salah faham sesetengah orang. Menurut beliau lagi,
salah faham ini disebabkan orang tidak faham akan asal usul timbulnya retorik
dan fungsi retorik dalam komunikasi.
Terdapat beberapa pemimpin dunia seperti Adolf Hitler, Benitto Musolini,
J.F Kennedy, Abraham Lincorn, Sukarno, dan beberapa orang pemimpin Islam yang
dikategorikan sebagai pemidato yang dapat menyampaikan idea, visi atau
transformasi kepada rakyat dengan berkesan. Misalnya, Abraham Lincorn dengan
kata-katanya "Of the people, by the people, and by the people" sudah
sebati dengan kita. Atau kata-kata hikmat Saidina Abu Bakar ketika lantik
menjadi pemimpin umat Islam selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW seperti yang
berikut : "Saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana
aku yang terbaik antara kamu semua. Untukl itu jika aku berbuat salah, luruskan
aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan itu adalah
pengkhiatan." Perdana Menteri kita juga semasa mula- mula dilantik menjadi
kita ada juga menyuarakan kata-kata hikmatnya, iaitu "Bekerja bukan untuk
saya tetapi bekerjalah bersama-sama saya.: Ungkapan-ungkapan tersebut mudah
sahaja tetapi dianggap keramat kerana setiap kali diperdengarkan orang akan
terpesona dengannya.
Penulis teks atau pengucap yang baik selalunya bijak memilih diksi atau
kata-kata. Hal ini bermaksud kata-kata yang dapat mengungkap kenyataan,
memperhalus, memperbesar, bahkan menyembunyikan realiti. Dalam retorik, bahasa
yang digunakan hendaklah jelas, tepat, mudah, indah, dan menarik. Pemidato
perlu sentiasa berusaha untuk menggunakan kata-kata yang khusus supaya dapat
mendukung maksud sebenarnya.Pemidato sering dinasihati agar menggunakan
kata-kata yang sederhana dan mengelakkan penggunaan kata-kata yang bombastik.
Kata-kata tersebut dimaksudkan sebagai kata yang berdegar-degar dan lebih besar
daripada idea yang cuba disampaikan. Dalam hal yang perlu difahami oleh
pemidato adalah lebih baik menggunakan fakta dan hujah yang mudah ditafsir dan
difahami daripada menggunakan kata-kata yang bombastik ini. Lantas, penggunaan
kata-kata yang tepat, jelas, dan menarik lebih menimbulkan kesan yang mendalam
dan kuat terhadap pendengar. Perkataan tersebut dapat menggambarkan sikap,
perasaan atau keadaan yang dilukiskan oleh pemidato.
Oleh itu, Munsyi berpendapat sesuatu ucapan atau pidato yang berkesan
dan dapat mencapai tujuannya perlulah disampaikan dengan pelbagai teknik dan
digabungkan dengan unsur retorik. Hal ini demikian kerana ucapan atau pidato
yang dapat memanipulasikan segala unsur retorik yang sesuai tentu kedengaran
lebih hebat dan dapat melonjakkan citra penyampainya, selain mampu meninggalkan
kesan yang dapat diibaratkan sebagai "halwa telinga dan santapan
rohani" para pendengar. Selain itu, kehebatan menyampaikan ucapann atau
pidato memperlihatkan kewibawaan dan keterampilan seseorang perucap atau pemidato
itu. Jelaslah di sini, retorik perlu dilihat dari perspektif positif kerana
tanpanya sesuatu ucapan atau pidato itu boleh diibaratkan sebagai lagu dan
irama yang tidak boleh dipisahkan seperti yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee.
KONSEP GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa oleh pengarang. (Lim Swee
Tim, 2003: 56). Tambah beliau, gaya bahasa menjadi pemangkin untuk memudahkan
hal-hal yang sukar dan abstrak disampaikan dengan lebih mudah. Selain itu,
penggunaan gaya bahasa akan menghasilkan kesan estetika iaitu kesan keindahan
dalam karya. Definisi ini sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh Sulaiman
Masri, Abdullah Yusuf dan Mohd Ra’in Shaari (2006:446) bahawa gaya bahasa ialah
susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan
perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya. Hal ini bermaksud, segala
kerja memilih perkataan dengan menggunakan kosa kata yang betul, mudah, tepat,
ringkas, sopan dan penggunaan bahasa asing yang tidak keterlaluan sehingga
mampu menengelamkan bentuk dan gaya bahasa Melayu dilaksakan oleh pengarang.
FRASA
Frasa
secara umumnya merupakan kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis
sesuatu klausa. Manakala menurut ahli bahasa tradisional pula frasa merupakan
rangkai kata satu atau lebih perkataan yang di gabungkan. Manakala menurut ahli
bahasa moden pula, frasa merupakan rangkai kata satu atau lebih perkataan yang
berpotensi untuk diperluaskan. Lazimnya, dalam ayat frasa berfungsi sebagai
unsur pengisi kepada subjek, predikat, objek dan keterangan.
Antara ciri-ciri frasa ialah, frasa boleh
diperluaskan iaitu dengan menambah perkataan lain. Selain itu frasa juga boleh
disisipkan dengan unsur lain misalnya menambah perkataan, perkataan lain di
tengah-tengah frasa. Malah, frasa juga merupakan konstituen yang longgar kerana
boleh digugurkan mengikut konteks ayat. Bahkan frasa juga bersifat produktif
kerana frasa boleh diperkembangkan lagi dengan frasa yang lain. Di samping itu,
bentuk frasa juga lazimnya dalam bentuk yang umum dan mempunyai kebolehgantian
yang tinggi dengan frasa yang lain. Sungguhpun demikian, frasa merupakan bukan
leksikal ataupun bukan perkataan. Frasa terdiri daripada empat jenis frasa
iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Frasa kerja merupakan binaan yang boleh berdiri
daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata
kerja. Lazimnya, kata kerja boleh terdiri daripada kata kerja transitif ataupun
kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian
atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif
mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Frasa Adjektif merupakan susunan perkataan
yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan
berfungsi sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat. Secara umumnya
frasa Adjektif terdiri daripada sembilan jenis iaitu, Frasa Adjektif Sifatan
Atau Keadaan, Frasa Adjektif Warna, Frasa Adjektif Ukuran, Frasa Adjektif
Bentuk, Frasa Adjektif Waktu, Frasa Adjektif Jarak, Frasa Adjektif Cara, Frasa
Adjektif Perasaan, dan Frasa Adjektif Pancaindera.
Frasa sendi nama merupakan satu binaan dalam ayat
yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi tersebut. Lazimnya frasa sendi nama terletak di
hadapan frasa nama. Sungguhpun demikian frasa sendi nama juga boleh
didahului oleh kata bantu. Antara frasa sendi nama yang lazimnya terdapat
dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk,
akan, bagi, hingga,oleh dengan, sampai, tentang dan sebagainya.
KLAUSA
Klausa merupakan deretan perkataan yang mengandungi
subjek dan predikat yang terdiri daripada dua jenis iaitu klausa bebas dan
klausa tidak bebas. Klausa bebas merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri
tanpa memerlukan klausa lain. Manakala klausa tidak bebas merupakan klausa yang
memerlukan klausa lain untuk melengkapkan struktur ayat. Lazimnya klausa tidak
bebas hadir dalam ayat majmuk.
PENGARUH BAHASA ASING
Pengaruh bahasa Sanskrit
Pengaruh bahasa Arab
No comments:
Post a Comment