ILMU
PERDUKUNAN
Menurut Kamus Dewan (2010),
menyatakan bahawa dukun membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau
memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan
sebagainya), bomoh, pawang. Manakala perdukunan pula membawa maksud yang
mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang
berkaitan dengan ilmu dukun.
Kepercayaan
masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam
kepercayaan itu mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa
ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada
batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan fenomena lain. Kuasa ghaib
itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi
mengembalikan keadaan seperti asalnya.
Dukun
atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama
yang liar dan bisa. Mereka tahu akan kelemahan binatang-binatang tersebut
dengan jampi. Kadang-kadang seseorang bomoh itu pakar dalam satu bidang sahaja
seperti bomoh ular, gajah dan sebagainya. Di Melaka, terdapat orang yang begitu
arif tentang gajah, bergelar Penghulu Gajah. Antaranya adalah Seri Wak Raja.
Contoh petikan berkaitan dengan ini :
Sekalian orang pun melihat tahunya Seri
Wak Raja; gajah penakut jadi beraninya.
(Sulalatus Salatin : 209)
ILMU
FIRASAT
Menurut Kamus Dewan (2008),
menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka
(badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau
ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin
Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui
lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga
seseorang itu dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain, antaranya
berdasarkan nama, haru atau ketika. Hal ini penting terutama dalam kalangan
pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh membantu mereka menewaskan musuh.
Sejarah Melayu
memaparkan dengan jelas perkara tersebut dalam episod serangan Melaka ke atas
Pahang. Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar
Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Dalam usaha itu Seri Bija Diraja tidak
tergesa-gesa seperti orang lain kerana dia tahu musuhnya itu tidak akan
terlepas dari tangannya. Ini dapat dilihat daripada kata-kata beliau kepada
anak buahnya.
Di
mana kamu semua orang muda-muda tahu? Kerana Maharaja Dewa Sura ini sudah aku
kira-kirakan namanya di bawah namaku, dan harinya di bawah hariku dan ketikanya
di bawah ketikaku, di mana ia akan lepaskan daripada tanganku?
(Sejarah Melayu :74)
JAMPI
Jampi menurut Kamus Dewan (2010), membawa makna kata-kata
tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali
sebagai mantera. Mana Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi
serapah tidak hanya sekadar penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada
hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi dikatakan sebagai
sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutamanya pada perubatan. Pawang
sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai
manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.
Kedudukan
pawang dalam hierarki kemasyarakatan adalah jelas. Jampi mantera yang diucapkan
telah mendapat tempat yang istimewa. Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan,
perubatan, kasih sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia.
Biasanya pawang, dukun, bomoh atau orang yang memakainya tidak begitu mudah
memberikan jampi serapahnya kepada orang lain. Mereka bimbang jampi serapah
yang diketahui itu tidak mujarab lagi, melainkan orang yang sudah menuntut dan
orang lain tidak boleh menggunakannya. Jika digunakan juga dia akan menerima
padahnya.
Contoh yang
terdapat dalam karya agung ialah:
“Permulaan kata aku menyatakan
Hakikat jin seribu empat puluh dua lagi
Aku tahu akan asal usul dirimu
Asal diri jadi di huruf Alif
… dengan berkat La ilaha illallah”
(Kitab Tib 1292)
PENGASIH
Pengasih
membawa makna ilmu
pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain untuk mendatangkan atau
membangkitkan rasa kasih (Kamus Dewan, 2010). Ilmu pengasih ini adalah untuk
mendapat pemujaan oleh seseorang yang jatuh hati kepada orang lain. Lazimnya,
ilmu pengasih digunakan oleh seseorang kerana mungkin orang yang disukai itu
tidak menyukainya atau orang itu terlalu jual mahal. Ilmu pengasih boleh
digunakan dengan banyak cara, namun cara yang popular adalah dengan cara
mencalitkan sesuatu minyak kepada seseorang yang berkenaan atau dengan cara
menjampi gambar dan sebagainya. Contoh ayat jampi pengasih ialah:
“Kun sarik panjik-panjik
Bagurung bagirang
Taulas takani ngidan
Kasih sayang (anu) memandang akuk
Cinta sayang (anu) melihat akuk
Dengan berkat
Lailaha il-Lallah
Muhammad ar-Rasulullah”
(Mana Sikana : 67)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
pula, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam
sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus
dipatuhi). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), istiadat bermaksud
peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.
Pengertian istiadat mempunyai kaitan dengan adat. Apabila kita menyebut adat
istiadat, ia membawa dua maksud iaitu pelbagai adat dan upacara termasuk
peraturan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-undang,
istiadat boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu.
Terdapat dua
jenis adat yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin, iaitu adat yang melibatkan
hukuman dan adat yang tidak melibatkan hukuman. Adat yang melibatkan hukuman
terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang dan larangan Diraja. Antara undang-undang
yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin ialah derhaka, menggunakan hak raja
tanpa izin, merancang untuk merampas kuasa atau seumpamanya, tidak mengadap
raja pada hari-hari tertentu, biadab kepada raja atau wakil, mencuri, membuat
fitnah dan Mengambil isteri orang .
ADAT TEMENGGUNG
Ramai penulis dan
sarjana yang menulis dan mengkaji tentang adat masyarakat Melayu di semenanjung
Malaysia beranggapan bahawa adat yang diamalkan di luar Negeri Sembilan adalah
Adat Temenggung. Adat ini diasaskan
oleh Datuk Ketemenggungan (abang
tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang
berasal dari Sumatera. Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah
berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih" kerana istilah ini
tidak ada dalam budaya Melayu yang awal. Disebabkan
oleh Adat Temenggung diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat
Temenggung telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang
mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Aspek yang terdapat dalam adat Temenggung :
ADAT PERPATIH
Adat
Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Nama Adat Perpatih
diambil sempena gelaran orang yang menyuruh Adat Tuah Disakato, yakni adat yang
diamalkan di Minangkabau, Datuk Parapatieh Nan Sabatang (Datuk Perpatih Nan
Sebatang). Menurut Newbold (1839: 76 dalam buku Adat Perpatih: perbezaan dan
persamaannya dengan Adat Temenggung), Negeri Sembilan semasa kedatangan
perantau Minangkabau ke semenanjung Tanah Melayu, bukanlah kawasan yang tidak
berpenghuni.
Semenjak orang Negeri Sembilan dan Naning mempunyai hubungan dengan
masyarakat luar terutamanya orang-orang Eropah (Inggeris), cara hidup
masyarakat Adat Perpatih telah dipengaruhi, malah diubah oleh elemen-elemen
baru yang mewakili nilai-nilai yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Jadual
di bawah memberi penerangan mengenai perbezaan yang dialami oleh Adat Perpatih
terutamanya sebelum dan selepas kedatangan pihak penjajah. |
Best Casinos with Instant Play in NJ - DrmCD
ReplyDeleteIn the past, 상주 출장안마 many of the 대전광역 출장샵 best casinos with instant play online allowed players 논산 출장샵 to try out their games. The main reason for that, is 하남 출장샵 that you can 익산 출장안마