Melalui
sejumlah pantun yang dikaji dalam Pantun Melayu: Bingkisan Permata, didapati bahawa terdapat unsur pemikiran yang
melatari setiap pantun yang telah diungkapkan oleh masyarakat Melayu. Hal ini
menepati dan selaras dengan pendapat Sapir Whorf (1921) yang menjelaskan bahawa
bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Dengan kata lain bahasa melambangkan
cara penutur itu meluahkan buah fikiran. Hal ini bermaksud bahawa melalui
perkataan-perkataan yang dituturkan dapat melambangkan cara pemikiran penutur
yang luas. Hal ini membuktikan bahawa bahasa dalam pantun Melayu ternyata
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan pemikiran orang Melayu meliputi sejarah
kebudayaan, alam sekeliling dan geobudaya.
Pemikiran tentang kewujudan
Dalam
pantun Melayu, aspek pemikiran Melayu tentang kewujudan melambangkan pemikiran
tentang hubungan manusia dengan agama dan pencipta-Nya. Persoalan ini dapat
dilihat dengan jelas dalam pantun yang menunjukkan isu-isu kehidupan yang
berlandaskan ajaran agama Islam. Pemikiran tentang kewujudan ini meliputi
aspek-aspek akidah dan termasuk juga prinsip-prinsip yang berlawanan dengan
akidah Islam yang harus dihindari oleh masyarakat Melayu. Antara pantun yang mengungkapkan
pemikiran tentang kewujudan ini dapat dihubungkan dengan tema keagamaan seperti
yang berikut:
Pantun
1:
Menanam
kelapa di Pulau Bukum
Tinggi
sedepa sudah berbuah
Adat
bermula dengan hukum
Hukum
bersandar di Kitab Allah.
Pantun
ini membawa maksud segala adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu berasaskan
kepada kitab Allah. Kitab yang dimaksudkan ialah Al-Quran. Setiap hukum yang
dilaksanakan oleh masyarakat Melayu adalah berlandaskan kepada hukum-hukum
Allah.
Pantun 2:
Anak
gajah mandi di sumur
Ambil
galah dalam perahu
Orang
muda jangan tekebur
Cubaan
Allah siapa tahu.
Dalam
pantun di atas pula, ia menjadi peringatan kepada anak-anak Melayu terutamanya
supaya tidak mudah lupa dan bangga dengan diri. Hal ini demikian kerana tiada
sesiapa pun yang tahu apakah ujian yang akan diberikan Allah kepada mereka yang
lupa diri dan sombong. Hal ini menjadi kepercayaan masyarakat Melayu dan mereka
menasihati anak-anak mereka supaya tidak bersikap sombong.
Pantun 3:
Angin
bertiup kembangkan layar
Haluan
menuju ke Pekan
Hendaklah
hidup berikhtiar
Kemudian
serahkan Tuhan.
Manakala bagi pantun ketiga ini pula
masyarakat Melayu mendidik anak-anak muda dan masyarakat supaya rajin berusaha
dalam melakukan seseuatu kerja. Selepas berusaha, baru berserah dan bertawakkal
kepada Allah. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu percaya setiap kerja
yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil. Selain itu
juga masyarakat Melayu percaya kepada qada dan qadar seiring dengan rukun iman
yang keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar.
Pantun 4:
Asam
kandis asam gelugur
Ketiga
asam si riang-riang
Menangis
mayat di pintu kubur
Teringat
badan tidak sembahyang.
Pantun
di atas menerangkan tentang kepercayaan masyarakat Melayu terhadap balasan bagi
mereka yang tidak mengerjakan ibadah solat ketika masih hidup di dunia. Pantun
ini dijadikan pengajaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam supaya tidak meninggalkan
solat. Hal ini demikian kerana menunaikan soalt merupakan rukun Islam yang
kedua dan wajib dilakukan oleh mereka yang beragama Islam.
Pemikiran Melayu juga
menyentuh mengenai konsep kewujudan sesuatu benda dan fenomena alam dalam
pantun selain daripada falsafah mengenai kewujudan agama dan pencipta-Nya. Hal
ini demkian keranapemikiran Melayu telah berasaskan alam sekeliling yang
menjadi konteks dalam alam penghidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Hasil
daripada pengamatan masyarakat Melayu terhadap kejadian alam yang berlaku
disekeliling seperti hujan, ribut dan kilat telah menghasilkan sesuatu konsep. Selain
itu, dalam penciptaan pantun Melayu juga wujud faktor-faktor alam semesta
termasuk alam benda, alam flora dan fauna seperti dalam pantun berikut:
Pantun
5:
Anak
kuda di dalam kandang
Pandai
menyepak tendang-menendang
Kalau
nasib sudah malang
Rezeki
secupak tidak mahu segantang.
Dalam pantun kelima,
masyarakat Melayu menggunakan alam fauna sebagai pembayang. Faktor alam fauna yang digunakan ialah anak kuda
yang sudah pandai tending-menendang dan hidup di dalam kandang. Ini merupakan
situasi anak kuda yang dilihat oleh masyarakat Melayu di sekiling mereka.
Pantun
6:
Daun
empelas dalam puan
Puyuh
mengeram dalam padi
Sangatlah
belas hatiku tuan
Guruh
menderam hujan tak jadi.
Bagi contoh pantun yang
keenam pula ialah penggunaan faktor fenomena alam seperti guruh dan hujan.
Dalam pantun di atas, masyarakat Melayu menggunakan fenomena alam yang terdiri
daripada cuaca. Pada kebiasaannya bunyi dentuman guruh membawa maksud hujan
akan turun. Fenomena ini merupakan fenomena yang berlaku disekeliling
masyarakat Melayu.
Pantun
7:
Tanam
pisang tanam ubi
Ubi
ditanam buatkan batas
Banyak
orang bertanam budi
Dalam
ingatan hendak dibalas.
Pantun
8:
Baik
bertanam ubi keladi
Jangan
bertanam ubi sengkuang
Baik-baik
bertanam budi
Jangan
sampai budi terbuang.
Melalui pantun ketujuh dan
kelapan, dapat dilihat penggunaan faktor alam flora. Pisang dan ubi merupakan
antara tanaman masyarakat Mmelayu pada zaman dahulu. Mereka menanam ubi untuk
dijadikan makanan harian terutamanya semasa zaman pemerintahan Jepun. Hal ini
menjadikan masyarakat Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan alam flora
dan menggunakan faktor alam dalam pembinaan pantun sama ada sebagai pembayang
atau pun maksud.
Berdasarkan pantun-pantun di atas,
dapat disimpulkan bahawa bahasa tidak boleh dipisahkan dengan corak pemikiran dan
budaya penutur. Hal ini merupakan satu panduan terhadap tindakan dan
kepercayaan dalam menentukan hala tuju hidup disamping menjadi warisan sosial
masyarakat Melayu.
Pemikiran tentang ilmu pengetahuan
Ilmu
pengetahuan amat dititik beratkan oleh masyarakat Melayu beragama Islam. Hal
ini demikian kerana melalui ilmu pengethauan mereka membentuk dan menyuburkan
fikiran masyarakatnya. Menuntun ilmu adalah selaras dengan objektif Islam. Hal
ini dilihat dari sudut membudayakan ‘iqra berdasarkan ayat pertama yang
diturunkan di Gua Hira’ kepada Nabi Muhammad SAW. Hukum menuntut ilmu dalam
Islam adalah fardhu ‘Ain, iaitu kewajipan ke atas semua induvidu yang bergelar
Islam. Sehubungan dengan ini, lahirlah pantun-pantun yang menyeru masyarakat
Melayu supaya menuntut ilmu pengetahuan. Antara pantun yang mengungkapkan
kepentingan berilmu pengetahuan adalah seperti berikut:
Pantun
9:
Burung kenek-kenek
Terbang dalam semak
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin pergi
belajar.
Dalam
pantun kesembilan menunjukkan masyarakat Melayu sangat mementingkan pendidikan
terutamanya kepada generasi yang lebih muda. Hal ini dapat dilihat dalam pantun
di atas yang merupakan pesan datuk dan nenek kepada cucunya untuk belajar
rajin-rajin.
Pantun 10:
Cempedak
di luar pagar
Ambil
galah tolong jolokkan
Saya
budak baru belajar
Kalau
salah tolong tunjukkan.
Manakala
pantun kesepuluh ini pula menunjukkan budaya masyarakat Melayu yang mementingkan
ilmu pengetahuan. Hal ini dibuktikan melalui pantun di atas apabila masyarakat
Melayu yang menimba ilmu sentiasa ingin ditegur dan diberi tunjuk ajar sama ada
ketika proses pembelajaran ataupun ketika mereka melakukan kesalahan.
Pantun 11:
Pokok
kelapa di tanam berjajar
Nampak
dari tepi pantai
Barang
siapa rajin belajar
Tentu
dia menjadi pandai.
Berdasarkan
contoh pantun yang kesebelas ini, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu
percaya bahawa masyarakatnya akan menjadi pandai dan bijaksana sekiranya mereka
rajin belajar. Hal ini membuktikan kepandaian dan kebijaksanaan masyarakat
bergantung terhadap kerajinan mereka menimba ilmu.
Pantun 12:
Anak
ayam turun sepuluh
Mati
seekor tinggal sembilan
Kutuntut
ilmu bersungguh-sungguh
Akan
bekalan hari kemudian.
Pantun
ke-12 juga turut membuktikan bahawa masyarakat Melayu mementingkan pendidikan
dan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat dilihat dalam rangkap pantun di atas yang
menggambarkan mereka menuntut ilmu bersungguh-sungguh untuk dijadikan bekalan
pada masa hadapan. Masyarakat yang berilmu ialah masyarakat yang tidak mudah
ditipu.
Melalui contoh-contoh
pantun di atas, dapat dirumuskan bahawa pemikiran masyarakat Melayu yang
melibatkan menuntut ilmu pengetahuan adalah selaras dengan ajaran agama Islam.
Menuntut ilmu pengetahuan dalam Islam adalah termasuk dalam kategori ibadah.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa masyarakat memandang tinggi kepada usaha
menuntut ilmu ilmu itu sendiri.
Pemikiran tentang tingkah laku dan
moral manusia
Masyarakat
Melayu juga mengaitkan persoalan-persoalan mengenai tingkah laku dan moral
manusia dalam hubungan antara manusia dengan manusia. Moral di sini bermaksud
satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia itu sendiri.isu moral meliputi
pemikiran, perasaan, dan niat di hati manusia dengan manusia. Nilai-nilai moral
ini bersifat sementara, subjektif dan relatif. Di samping itu, segala tindak
tanduk dan tingkah laku masyarakat yang wajar dan tidak wajar dilakukan juga
diungkap dalam pentun Melayu. Hal ini bertujuan sebagai pengajaran dan teladan
kepada masyarakat supaya dapat dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Antara
pantun yang menyatakan perihal tingkah laku dan moral manusia adalah seperti
berikut:
Pantun
13:
Ayun anak ayun
Ayun sampai hujung serambi
Bangun anak bangun
Jangan tidur meninggi
hari.
Melalui
pantun ke-13 di atas, membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak membudayakan
tidur sehingga lewat hari atau dengan kata lainnya sehingga matahari naik. Hal
ini demikian kerana selepas subuh merupakan masa mereka mencari rezeki. Mereka percaya
amalan tidur sehingga tinggi hari akan menutup pintu rezeki mereka.
Pantun 14:
Burung
kenek-kenek
Terbang
ke pucuk tebu
Pesan
datuk nenek
Jangan
derhaka pada ibu.
Dalam
contoh pantun yang ke-14 ini, masyarakat Melayu amat menitik beratkan hubungan
anak-anak terhadap orang tuanya terutama ibu. Hal ini juga turut menjadi budaya
yang ditanam dalam diri masyarakat Melayu melalui rangkap pantun. Menghormati
ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah
yang banyak menabur bakti kepada anak-anak terutmanya ibu.
Pantun 15:
Tinggi
rimbun pohon sena
Tempat
bersarang si burung enggang
Bantalku
gebu tidak tidur lena
Ingatkan
hutang keliling pinggang.
Pantun
ke-15 merupakan pantun yang menyatakan kehidupan bagi mereka yang berhutang.
Hal ini merupakan pengajaran yang ingin diterapkan dalam diri masyarakat Melayu
supaya tidak berhutang kerana dengan berhutang akan memakan menghantui diri mereka
sendiri.
Pantun 16:
Anyam
ketupat bawa belayar
Diletak
di atas peti
Hutang
piutang dapat dibayar
Terhutang
jasa dibawa mati.
Pantun
di atas juga menunjukan bahawa masyarakat Melayu menanamkan prinsip hutang budi
tidak mampu dibayar dan dibawa mati. Segala jenis hutang-piutang berbentuk
harta benda boleh dibayar, tetapi bukan hutang budi.
Berdasarkan pantun-pantun di atas,
jelaslah menunjukkan bahawa hubungan bahasa dan pemikiran masyarakat Melayu
berkait rapat dengan tingkah laku dan moral. Pemikiran dan kebahasaan
masyarakat Melayu yang terkandung dalam rangkap pantun bersifat humanistik dan
relatif. Marilah kita sama-sama menghayati sedutan pantun di bawah sebagai halwa telinga dan mengkaji falsafah melayu itu sendiri.
No comments:
Post a Comment