Nilai Keindahan Bahasa Melayu
Menurut Mohd
Rashid Md Idris (2011) dalam buku ‘Nilai Melayu dalam Pantun’, nilai keindahan
bahasa Melayu dibahagikan kepada dua aspek iaitu nilai fizikal dan nilai
spiritual ketika menganalisis. Kajian menilai keindahan bahasa dalam syair ini
berasaskan kepada penyataan Mohd Rashid Md Idris mengenai aspek yang digunakan
untuk menganalisis.
Syair merupakan puisi yang tergolong dalam bentuk puisi terikat. Walaupun
puisi terikat memerlukan syarat-syarat tertentu, tetapi bentuk ini dianggap
paling sesuai untuk memaparkan sesebuah cerita. Menurut Ali Ahmad (1978)
menyatakan bahawa justeru itulah segala cerita yang berbentuk panjang semuanya
ditulis dalam bentuk syair. Hal ini demikian kerana, syair tidak memerlukan
pembayang seperti pantun. Rima a,a,a,a
sudah cukup bagi membentuk sesebuah syair.
Bahasa dalam syair Ken Tambuhan begitu indah kerana memilih kata-kata yang
khusus bagi melambangkan sesuatu gambaran yang realistik. Para orientalis Barat
sangat mengagumi Syair Ken Tambuhan ini kerana keindahan kata-kata yang
digunakan. Keindahan bahasa dalam Syair dapat dilihat dalam rangkap berikut.
(S1) Dipegangkan Raden dengan sukacita,
Lehernya
dipeluk seraya berkata,
Hendak
ke mana emas juita,
Kakang
nin hendak pergi serta.
(S2) Tiadakah kasihan tuan memandang,
Adalah
kakang laksana kumbang,
Rawankan
kuntum yang belum kembang
Berahinya kakang tidak
tertimbang.
Berdasarkan dua rangkap syar di atas, dapat dilihat bahawa penciptaan Syair
Ken Tambuhan sedaya upaya mencuba mencari kesesuaian kata-kata yang mempunyai
kesamaan rima diakhir setiap baris bagi satu rangkap yang sama. Pemilihan kata
yang sesuai telah memenuhi syarat penulisan sesebuah syair. Rima akhir setiap
baris bagi satu rangkap syair perlulah sama. Misalnya dalam dilihat dengan
jelas melalui rima akhir rangkap S1 iaitu ta dan S2 diakhiri dengan rima bang.
Jumlah suku kata pada setiap baris
juga menunjukkan nilai keindahan sesebuah syair tersebut. Syair merupakan genre
puisi Melayu klasik yang kelihatan menyamai bentuk pantun (Rahman Shaari, 1993)
dari segi jumlah suku kata setiap baris yang mengandungi antara lapan hingga 12
suku kata. Hasil analisis bagi setiap jumlah suku kata dan perkataan dalam
setiap baris, didapati bahawa majoriti rangkap yang terdapat dalam syair Ken
Tambuhan ini menunjukan syair ini menunjukan keseimbangan dalam setiap rangkap.
Majoriti suku kata dalam syair ini mempunyai lapan hingga 16 patah suku kata. Rujuk
rangkap syair berikut (S3 dan S4).
(S3) Namanya Raden Puspa Kencana,
La/ku/nya/
bi/jak/ lak/sa/na,
Akal
bicaranya amat sempurna,
Sifatnya
lengkap hamba laksana.
(S4) Di dalam puan banyak para puteri,
Anak
Ratu di Tanjung Puri,
Dikasihi
Sang Nata dan Permaisuri,
Di/le/bih/kan/
da/ri/pa/da/ se/ga/la/ pa/ra/ pu/te/ri.
Daripada rangkap syair tersebut dapat dianalisis suku kata bagi setiap
baris. Hal ini menunjukkan bahawa suku kata dalam contoh rangkap S3 (baris
kedua) mempunyai bilangan suku kata yang minimama hanya dengan lapan patah suku
kata sahaja. Manakala bagi contoh rangkap S4 pula (baris empat) menunjukkan
baris tersebut mempunyai antara bilangan suku kata yang paling maksima dalam
syair Ken Tambuhan ini ini iaitu sebanyak 16 patah suku kata.
Selain jumlah suku kata, jumlah perkataan bagi
setiap baris juga melambangkan keindahan bahasa yang terdapat dalam syair Ken
Tambuhan ini. Sebuah syair seharusnya mempunyai empat hingga lima patah
perktaan dalam satu baris. Jumlah perkataan bagi setiap baris syair Ken
Tambuhan ini terdiri daripada empat hingga enam patah perkataan. Bilangan patah
perkataan bagi setiap baris boleh dilihat pada rangkap syair (S5 dan S6)
tersebut.
(S5) Harimau menangkap Ken Tambuhan,
Dibawanya
ke dalam hutan,
Ghaiblah
ia tiada kelihatan,
Raden
pun menangis perlahan-lahan.
(S6) Kata nin tidak kakang ubahkan,
Barang
yang salah bebal tuan hukumkan,
Badan
nyawa kakang serahkan,
Menjadi
hamba ke bawah telapakan.
Melihat kepada rangkap S5, kesemua
baris dalam rangkap tersebut terdiri daripada empat patah perkataan sebaris.
Manakala bagi rangkap S6 pula terdapat lima patah perkataan dalam baris pertama
dan keempat serta enam patah perkataan sebaris bagi baris kedua. Dalam rangkap
S5 berlaku keseragaman patah perkataan bagi setiap baris tersebut dan dalam
rangkap S6 telah berlaku ketidak seragaman bagi bilangan patah perkataan setiap
barisnya. Setiap bilangan perkataan bagi setiap baris dipengaruhi oleh rentak
dan nada yang telah ditetapkan yang amat berbeza dengan irama pantun.
Nilai Bersopan Santun Atau
Berbudi Pekerti
Nilai ini mampu membentuk masyarakat Melayu yang penyabar
dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti yang merupakan sebahagian
daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan adab atau civilized. Masyarakat Melayu menganggap
bahawa orang yang beradab sebagai seorang yang halus budi pekertinya, manakala
yang tidak beradab pula dianggap sebagai seorang yang kasar. Sesuai dengan
penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan
melarang pembohongan. Begitu juga dalam bidang penulisan, terutama dalam
konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak
mengandungi penyelewengan. Bidang ini harus membantu dalam meninggikan
pemikiran masyarakat.
Pendidikan moral dapat membentuk masyarakat yang bukan
Islam menjadi seorang yang sopan. Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya
amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus
mulakan dari institusi keluarga. Ibu bapa memainkan peranan penting kerana
merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi orang
berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak
bercerai-berai. Persekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental
dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak
kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang
melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan
anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan
hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu.
Dalam Syair Ken Tambuhan, nilai bersopan-santun atau berbudi
pekerti ini dapat dilihat pada pada watak Ken Tambuhan yang digambarkan sebagai
seorang yang bersopan-santun. Nilai kesopanan ini terlihat dalam rangkap Syair
Ken Tambuhan yang berikut:
(S11) Parasnya
seperti bidadari indera,
Seorang pun tidak banding tara,
Sempurna akal budi bicara,
Patutlah jadi penglipur lara.
(S12) Namanya
Raden Puspa Kencana,
Lakunya bijak laksana,
Akal bicaranya sangat sempurna,
Sifatnya lengkap hamba laksana.
Rangkap S11 dan S12 ini memperlihat Ken Tambuhan atau nama
sebenarnya Raden Puspa Kencana yang sangat sopan ketika berbicara dengan
sesiapa sahaja di istana. Dia juga digambarkan elok rupa parasnya. Raden Puspa
Kencana ini digambarkan adalah seorang yang sempurna pekertinya.
Nilai Ketaatan kepada Raja dan
Pemimpin
Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu.
Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang
diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan
bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan
kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu.
Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang
berdisiplin. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka
bumi. Dalam pepatah Melayu:
(S21) Ada raja adat berdiri,
Tiada raja adat mati
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Biar mati anak, jangan mati adat dan,
Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Nilai
ketaatan kepada Raja terlihat pada watak Wira Dani yang merupakan hulubalang
Raden Menteri yang mengikut titah perintah Baginda. Berikut merupakan contoh
rangkap Syair Ken Tambuhan:
(S22) Titah
baginda manis berseri,
Patih we hampir ke mari,
Aku nin
hendak bertanya sendiri,
Di mana
gangkah ada para puteri.
(S23) Patih khidmat berdatang sembah,
Ampun tuanku daulat bertambah,
Patik mendengar khabar yang sah,
Di Banjar Kulon puteri yang indah.
Nilai Kebijaksanaan
Pendefinisian
terhadap kebijkasanaan masyarakat Melayu dapat diperhatikan melalui dua sudut
pandangan, iaitu pandangan Barat dan pandangan Islam. Berdasarkan kaca mata
Barat, kebijaksanaan bertempat diotak manusia yang merupakan keupayaan berfikir
dan menyedari sesuatu perkara, keupayaan menaakul, berdalil, dan berhujah untuk
membuat kesimpulan, juga sebagai hasil daripada pemikiran itu.
Dalam kaca mata Islam pula,
khususnya pandangan al-Ghazali, kebijaksanaan ialah satu persoalan roh yang
mengandungi tiga aspek. Aspek yang pertama, iaitu akal yang merupakan aspek roh
yang melakukan kerja menyerap segala kefahaman dan pengertian daripada semua
fenomena alam persekitaran masyarakatnya. Aspek kedua, iaitu jiwa merupakan
aspek roh yang mengawal dan mendorong diri manusia sama ada membawa kepada
kebaikan ataupun kejahatan, manakala aspek ketiga pula ialah kalbu, iaitu aspek
roh yang menerima cahaya taufik Allah untuk membezakan antara yang baik dan
jahat. Nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam Syair Ken Tambuhan adalah
seperti berikut:
(S17) Diperbuat baginda sebuah istana,
Lengkap
dengan jambangan ratna,
Akan Inu
bijak laksana,
Berbagai
tulis ada di sana.
No comments:
Post a Comment