Menurut
Zaini Abdullah (2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas dan andaian
mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti
ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu
masalah dan persoalan, di samping merupakan suatu penyiasatan komprehensif dan
logik mengenai asas-asas pemikiran semua manusia. Dalam karya agung Sulalatus
Salatin akan dibincangkan tentang adat istiadat dan pantang larang di istana
yang terdapat dalam karya tersebut.
Falsafah bersumberkan melayu lebih
kepada nilai melayu yang terdapat dalam sesebuah karya agung tersebut. Dalam
karya Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, banyak terakam sejarah dan asal
usul adat istiadat Kesultanan Melayu masa silam. Menurut buku Sejarah Melayu
juga yang telah di selenggarakan oleh A.Samad Ahmad, beliau berpendapat asal
usul adat istiadat Melayu bermula dengan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Demang Lebar Daun.
Jenis-jenis adat di istana.
Adat mengadap raja di balairung.
Adat
mengadap raja di balairung ialah, para pembesar akan disusun mengikut pangkat
kebesaran masing-masing. Pangkat tersebut di mulai dengan bendahara, penghulu
bendahari dan temenggung. Mereka akan duduk di seri balai. Kemudian, anak-anak
raja pula akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Selepas
itu, akan di ikuti dengan sida-sida yang muda-muda akan duduk berselang seli
dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai.
“ Adapun apabila raja dihadap orang di
balairung, maka bendahara, dan penghulu bendahari dan temenggung dan segala
menteri dan orang besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai”.
(Sejarah
Melayu, 1978, hal.57)
Adat ini merupakan perkara yang wajib dilakukan
ketika mengadap Sultan. Malahan, sehingga sekarang juga adat ini masih
diteruskan walaupun tidak semuanya sama dengan yang dahulu. Hal ini demikian
kerana, Sultan di anggap orang yang paling mulia, oleh itu sesiapa yang ingin
mengadap Sultan haruslah mengetahui tentang adat-adat yang telah ditetapkan.
Adat menjunjung duli.
Adat
menjunjung duli memerlukan empat atau lima orang kepala bentara yang terdiri
daripada sida-sida yang akan duduk di seri balai. Malahan, segala perkakas
diraja seperti ketur, kendi, kipas dan barang sebangainya akan di susun secara
diselang selang kedudukannya. Sementara itu, puan dan pedang akan berada dikelekan
kiri dan kanan. Manakala, pedang kerajaan akan dipikul oleh laksama atau Seri
Bija Diraja.
“ Adapun segala perkakas raja, seperti ketur
dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang selang duduknya; melainkan puan
dan pedang di kelek-kelekan kiri dan kanan: pedang kerajaan itu laksamana atau
Seri Bija Diraja memikul pedang itu”.
(Sejarah
Melayu, 1978, hal 54)
Adat menyambut kedatangan utusan kerajaan
dari luar.
Untuk
menyambut kedatangan utusan terdapat adat yang perlu di ikuti. Sambutan
terhadap kedatangan utusan adalah berbeza mengikut tahap kebesaran kerajaan
tersebut. Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti Pasai dan Haru,
sambutannya akan menggunakan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai
dan lain-lain. Jika, sekiranya utusan datang dari negeri yang kurang
kebesarannya, alat kelengkapan keraian untuk menyambutnya akan dikurangkan,
cukup sekadar gendang dan serunai sahaja atau berpayung kuning atau bergajah.
Walau bagaimanapun, sepersalinan tetap akan diberikan.
“ Jika surat dari Pasi atau dari Haru, dijemput
dengan selengkapnya alat kerajaan, gendang, serunai, nafiri Negara, paying
putih dan perapit; melainkan medali juga yang tiada pergi menjemput itu. …Telah
datang ke balai, maka surat disambut oleh hulubalang asal,yakni kepada bentara yang kiri menyampaikan titah raja
kepada utusan, kepada bentara yang di kanan menyampaikan sembah”.
(Sejarah
Melayu, 1978, hal. 57)
Dalam
adat ini, pihak yang lebih berkuasa akan dihormati. Dengan itu, untuk menyambut
utusannya akan di buat secara besar-besaran. Malahan, pihak tersebut juga
berkemungkinan mempunyai kekuasaan yang amat kuat dan terpengaruh di rantau
tersebut. Dengan itu, jika tidak menyambutnya dengan cara yang terhormat,
berkemungkinan akan memberi kesan kepada sesebuah kerajaan kelak
Adat menyambut malam tujuh likur atau
malam dua puluh tujuh.
Adat ini
kebiasaannya akan di lakukan pada waktu siang. Pada waktu siangnya sejadah akan
di arak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan
gendang akan di bawa terlebih dahulu ke masjid. Kemudian, keesokkannya,
Laksamana akan mengarakkan serban. Selepas itu, Raja-raja Melayu akan berangkat
ke masjid dengan bertengkolok dan berbaju sarung.
“Hatta, jikalau pada bulan Ramadan malam dua
puluh tujuh, tatkala pada siangnya mengarak sejadah ke masjid, Temenggong
mengepalai gajah. …Telah esok harinya, maka Laksamana mengarak serban kerana
adat Raja Melayu berangkat ke masjid bertengkolok berbaju sarung”.
(Sejarah
Melayu, 1978,hal.60)
Pantang
larang dalam adat istiadat di istana.
Larangan memakai barangan berwarna
kuning.
Orang-orang
kebanyakkan di larang memakai sapu tangan, tepi tabir dan bantal besar yang
berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya
di anugerahkan oleh raja.
Hal ini demikian kerana, warna
kuning dan putih merupakan warna di raja. Oleh itu, orang kebanyakkan di larang
memakai kecuali ketika mendapat undangan yang berkaitan dengan istana. Namun,
pada masa sekarang telah ramai orang kebanyakkan yang memakai baju berwarna
kuning atau putih biarpun tidak mendapat undangan untuk ke istana. Walau
bagaimanapun, mereka tetap menghormati warna kuning dan putih kerana warna
tersebut merupakan warna rasmi untuk istana.
“Syahadan
bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak
dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan saru tangan; dan tiada
dapat dibuat tepi tabir danulasan bantal besar dan
tilam”...
Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.
Pada
zaman pemerintahan sultan dahulu, rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju
sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali apabila dikurniakan oleh
raja. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, rakyat tersebut akan dikenakan hukuman
denda.
Pemakaian baju sarung dan
bertengkolok tidak dibenarkan kerana pakaian tersebut merupakan pakaian sultan
ataupun pembesar-pembesar di istana. Oleh itu, jika rakyat memakai pakaian
tersebut berkemungkinan ia di anggap menghina pakaian kaum kerabat istana dan
mungkin di anggap setaraf dengan rakyat biasa.
Larangan berkelakuan biadap terhadap raja
dan pembesar.
Rakyat
mesti menghormati raja dan pembesar. Hal ini demikian kerana, raja dan pembesar
merupakan orang yang penting dalam mentadbir sesebuah Negara. Keamanan dan
kemakmuran sesebuah Negara merupakan hasil daripada kerja keras dan pentadbiran
yang sistematik daripada raja dan pembesar.
Dengan itu, sesiapa yang ingkar akan
larangan adat tersebut akan di jatuhkan hukuman bunuh. Hal ini dapat di lihat
dalam Sejarah Melayu tentang Perpatih Hitam yang cuba dibunuh oleh Laksaman
kerana menguis tikar di hadapan bendahara.